0

Untuk apa tunduk pada kehendak DAP?? Sudah la gilakan kuasa lepas tu suka tindas rakyat pulak... pura-pura baik depan semua orang padahal ada tanduk yang tersembunyi di kepala. Tak mengaku yang parti mereka kejam dan jahil.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman memberitahu bahawa dirinya tidak akan sesekali meminta maaf dan tunduk pada tuntutan DAP. Lupakan jela hasrat DAP untuk mendapat permohonan maaf dari Mufti Pahang berhubung kenyataannya sebelum ini yang didakwa melabelkan parti itu tergolong dalam kalangan kafir harbi.

Sebab sebelum ini Mufti Pahang tu tak mention secara spesifik pun kepada siapa gelaran kafir harbi itu diberikan... dia cuma kata kepada  sesiapa sahaja yang menentang Islam boleh diistilahkan sebagai pemikiran kafir harbi iaitu cuba hendak memerangi umat Islam dan agama Islam. Tapi yang DAP ni nak perasan lebih kenapa?? Bukan ke DAP kata parti dorang tu tak anti-Islam ke??

"Saya tidak akan meminta maaf dan menarik balik apa yang saya katakan ini. Apa yang saya cakap itu bukan khusus kepada DAP sahaja, kepada semua yang menentang Islam.

"Asas yang saya bagi tahu kepada akhbar itu (Utusan Online) dalam bentuk semua, namun kalau mereka kata (tulis) DAP pun tidak salah, sesiapa pun yang menentang Islam jika mereka tulis tidak salah," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  kononnya sedih dan buat-buat kesian, katanya kenyataan Mufti Pahang itu telah mengguris hatinya dan seluruh anggota DAP. Ehhh yang nak over sangat apesal?? Siapa makan cili dia la terasa pedasnya.

Kalau tak buat kenapa nak terasa betul tak?? Ke memang benar dakwaan sebelum ini yang menyatakan DAP ni memang anti-Islam dan anti-Melayu. Tapi berlagak seperti faham benar dan sokong Islam puihhhh! -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top