0

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengutuk  program “Lantunan Mahabbah Rasulullah” yang baru diadakan di Alor Setar pada Jumaat yang lalu. Malah Harussani mendakwa bahawa program yang diadakan tersebut berunsur syirik dan berkemungkinan boleh menyesatkan.

Mana tidaknya, ada patut penyunjung yang hadir ke program tersebut bertindak mencium dan menjunjung objek yang didakwa barangan peninggalan Rasulullah. Kita sebagai umat sesama Islam khuatir perbuatan tersebut mampu mengundang kepada perbuatan syirik dan mengekutukan Allah.

“Umat Islam tidak usah bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah,” katanya.

Semasa program yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar dan penerbit Al-Quran, Yayasan Restu itu dijalankan... dikatakan terdapat beberapa artifak kononnya milik Nabi Muhammad dipamerkan, seperti bekas tapak kaki dan rambut baginda. Kalau iye pun itu barang peninggalan Rasulullah... Tak patut la korang buat perbuatan seperti memuja barang tersebut.

“Kalau ada pameran pun, pergi tengok sahaja, tidak perlu buat macam itu sekali kerana boleh membawa kepada syirik.

“Lagipun kita tidak tahu sama ada sahih atau tidak barang-barang peninggalan Rasulullah itu. Jadi tidak perlu berbuat begitu, banyak lagi amalan dan sunah Rasulullah yang boleh diikuti,” kata Harussani.

Namun begitu, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri, bagi pendapatnya kalau nak cium atau nak pegang ke kan, atau seangkatan dengannya, dibolehkan. Tetapi dengan syarat artefak tersebut tidak dapat dibuktikan kesahihannya oleh sejarawan.

“Saya mengalu-alukan mana-mana tokoh yang dapat mengkaji dan menekuni isu janggut Rasulullah SAW atau rambutnya yang dimansubkan kepada Rasulullah SAW pada masa kini adakah benar atau sebaliknya, dengan kajian yang sahih dan dipercayai untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam penisbahan ini,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top