3

Betul ke yang Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bakal tarik diri dari jawatan presiden?? Uishhh macam mustahil je.... sebab Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu tu kan giler kuasa jadi mana mungkin dia nak letak jawatan.

Tapi dengar khabar angin menyatakan Amanah ada melamar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai Amanah... siap bagi habuan bakal menjadi presiden parti pulak tu kalau Muhyiddin sudi sertai parti tersebut.

Perhhhhh biar betul ni?? Maknanya kalau Muhyiddin setuju... Mat Sabu kena tepis ke?? Hahaaa dahsyat! Namun begitu, khabar angin tersebut dinafikan oleh  Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat.

“Siapa kata Amanah akan serah jawatan presiden kepada Tan Sri Muhyiddin jika dia menyertai kami? Janganlah pandai-pandai buat serkap jarang,

“Amanah adalah sebuah parti progresif dan kita ada kaedah tersendiri untuk meletakkan kedudukan seseorang ditempat yang sesuai. Kami tidak akan membeza-bezakan daripada mana asal usul mereka yang menyertai Amanah kerana yang penting adalah hala tuju yang sama iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) secara demokrasi,” katanya.

Tambahnya lagi, Amanah pun masih belum pasti sama ada mahu mengundang Muhyiddin untuk menyertai parti atau tidak... Aikkkk macam tu pulak?? Bukan korang sebelum ini beriya-iya ke nak Muhyiddin dalam parti korang?? Siap kata buka pintu la apa la sekarang ni cakap lain pulak.

“Tidak ada paksaan untuk mereka menyertai mana-mana parti. Biarlah mereka memilih wadah yang sesuai dengan mereka,” ujarnya.

Hahaaa... Tak mungkin la Mat Sabu sanggup melepaskan jawatan presiden tu semata-mata untuk Muhyiddin. Si gila kuasa tu dah lama berangan nak jadi ketua sejak dia berada dalam parti Pas lagi. kalau tidak takdenya dia sanggup tubuhkan parti Amanah tu.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. Eh..Takkan nak jadikan PAN parti bagi menempatkan orang2 yang di'reject' oleh parti2 asal lak?

    ReplyDelete
  2. KELAB LOSER

    ReplyDelete
  3. Pan ibarat..kereta pajakan DAP...Sanggup ke TSMY hulur tengkuk... untuk jadi papa kedana..sbb dikeliling semua pemakan dedak DAP...yg kini..nak lepas tangan sbb..fail nak hasut Melayu untuk DAP.. Di satu sudut pulak... TSMY lebih bernilai dari Anwar yg usang dan lusuh... standard TSMY ..versi model baru..sedangkan Anwar model lapuk... ini kelebihan Pembangkang ..dapat ketua mosel baru... ganti yg lama yg kaku..dan kehabisan modal.. apatah lagi pembohong yg amat...

    ReplyDelete

 
Top