0

“Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa.

“Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tak habis-habis dok merasakan dirinya betul sejak dari dahulu lagi

Dia ingat dirinya tu hebat sangat kot sampai semua yang individu lagi buat salah dimatanya... bekas Naib Presiden Umno itu mendakwa dia sedikit pun tidak hairan dengan pemecatan dari parti UMNO yang dilakukan keatas dirinya setelah diumumkan dua hari lepas.

Biarpun dipecat, katanya dia tidak akan sesekali ‘bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin’ yang dikatakan bakal merosakkan bangsa dan negara. Kononnya tak kisah sebab dia tak rela hidup melutut pada orang lain. Elehhhh cakap jela yang dia tu gilakan kuasa, sebab tu taknak tunduk pada orang lain beb!

Sudah gilakan kuasa dan sombong lepas tu hasut pulak rakyat supaya jangan sesekali bertindak membiarkan negara diperlakukan sewenang-wenangnya oleh ‘pemimpin rakus’. Katanya suruh nilai dulu kebenaran, mana satu yang benar dan mana satu yang salah.

Geng Muhyiddin yang turut sama dipecat atas sebab kebiadapan dan sikap keterlaluan mereka yang menghentam pentadbiran parti dan cubaan menggulingkan Presiden parti adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir manakala Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian.

Walaupun dakwa Muhyiddin, dia redha dengan ketentuan Allah s.w.t. serta akui telah ‘melaksanakan tanggungjawabnya’ sebagai pemimpin Umno, namun pemecatannya telah diduga dari awal lagi.

“Saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah Umno dan negara yang melibatkan Perdana Menteri.

“Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerani kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal,” ujarnya.

Iyela tu pandai la korang nak pusing cerita acah-acah korang la yang buat kerja betul... Yang buruk korang sembunyi dan hanya keluarkan cerita konon korang pulak jadi mangsa.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top