0

Sesiapa yang berada dalam parti UMNO tapi suka berlagak macam dia tu ‘tauke’ dalam parti... Haaaa memang kena pecat la jawabnya. Tapi sebelum kena pecat tu diberi amaran terlebih dahulu dan dikenakan tindakan disiplin... Bukannya pecat secara membuta tuli je.

Contoh macam bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin... suka sangat berlagak, mengalahkan ‘tauke’ parti pulak tu! Bila diberi amaran dia buat dunnoooo je! Nah last-last kena pecat haha!

Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pemecatan anggota UMNO yang keras kepada, degil dan berlagak seperti ketua bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia politik UMNO. Jadi tak hairan la kalau Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada UMNO.

“Kita pentingkan parti, kes ‘lawan tauke’ ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini kita pernah berhadapan perkara sama melibatkan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Musa Hitam (Tun Musa Hitam) yang bertindak menentang presiden parti pada ketika itu,

“Dalam hal ini kita harus bersikap rasional, siapa yang bersalah perlu dikenakan tindakan, presiden adalah tonggak kekuatan parti dan disiplin adalah asas perjuangan kita, semestinya tindakan ini diambil demi keharmonian dan memperkukuh kedudukan parti.” kata menteri besar Pahang itu.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menasihati Muhyiddin dan Mukhriz supaya tidak melakukan perkara bodoh dan tidak masuk akal selepas mereka tidak lagi bersama parti.

Mereka dinasihatkan supaya belajar menerima kenyataan dan sentiasa memegang teguh kepada apa yang pernah dinyatakan dalam parti sebelum ini untuk memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara menerusi Umno.

“Kalau keputusan pemecatan ini diterima sebulat suara oleh Majlis Tertinggi, sepatutnya Umno di perhubungan negeri juga perlu menerimanya.

“Perkara ini penting bagi kita kerana semua pihak tak kira Umno di Johor atau di mana-mana negeri pun perlu memahami apa sebab keputusan (pemecatan) itu dibuat,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz kerana didapati melanggar disiplin parti dengan berkongsi pentas bersama pembangkang. Sementara Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keanggotaannya sementara menunggu syor Jawatankuasa Disiplin parti.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top