0

TS Muhyiddin melahirkan rasa kecewa kerana dipecat menjadi ahli Umno, katanya ia tidak pernah mengkhianati parti Umno, betul ke ?. Kalau dia rasa macam tu kenapa MT Umno buat keputusan pemecatan terhadap dirinya.

Bila difikirkan, memang keputusan ini wajib dilaksanakan kerana Muhyiddin sendiri telah melanggar peraturan dan perlembagaan parti. Jika tidak diambil tindakan mungkin ada pihak yang akan mengutuk ahli MT Umno ni pilih bulu.

Bagi parti keramat Umno walaupun ada pemimpin yang sudah lama bersama Umno ia tidak menjadi kekanggan untuk ahli majlis bertindak kerana kesalahan Muhyiddin untuk mengulingkan DS Najib tidak dapat diterima oleh pemimpin dan ahli-ahli akar umbi.

Tambahan pula, Muhyiddin yang selama ini bersekongkol bersama  Mahathir telah dilihat sebagai pengkhianat kerana kerjasama mesra mereka bersama  pembangkang. Mungkin juga Muhyiddin tidak dilihat bersama pembangkang secara terang seperti Mahathir, tapi agenda mereka tetap sama.

"Ia (UMNO) telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya," katanya

Namun, Muhyiddin yang kononnya sudah redha dengan pemecatannya itu tidak akan mengalah dan mahu meneruskan perjuangan politiknya.

Tapi Hanez rasa  Muhyiddin patut ajak Mahathir bersama untuk bersara didalam arena politik kerana jika terus lagi bergiat aktif dengan menentang kerajaan, perjuangan mereka selama berpuluh tahun bersama Umno tidak ada gunanya. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top