0

Khabar angin pemecatan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir semakin kuat kedengaran. Iyela Mukhriz kan baru sahaja dipecat daripada ahli UMNO, jadi tak layak baginya untuk menyandang jawatan tersebut setelah mengkhianati parti.

Dengar kata bagi bakal menggantikan jawatan Mukhriz tersebut, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif telah dilantik sebagai pemangku Ketua Bahagian UMNO Jerlun, nak gantikan Mukhriz nanti.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pemecatan tersebut bakal dibuat bagi membela nasib pengundi di DUN tersebut. Korang semua mesti tahu kan yang DUN Ayer Hitam yang masih dipegang Mukhriz, ekoran itu DuN tersebut  dijadikan DUN angkat badan perhubungan Umno negeri sebab nak pastikan nasib pengundi dibela.

“Tumpuan khusus akan diberikan saya sendiri bagi memastikan segala keperluan, agenda pembangunan dan kebajikan masyarakat di DUN berkenaan terus terbela,” katanya.

Menurut Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, keputusan memecat Mukhriz dianggap sebagai ‘ditelan mati emak dan diluahmati bapa’. Namun begitu, tidakan tersebut adalah wajar bagi memastikan UMNO terus teguh dan menjadi sebuah parti yang siasah dengan amalan kesetiaan dan kebersamaan.

Umno Kedah katanya, sentiasa istiqamah dan menyokong penuh Majlis Kerja Tertinggi Umno dan kepimpinan parti demi kelangsungan.

“Amatlah dikesali setelah pelbagai ruang dan peluang diberikan kepada ketiga-tiga individu yang cukup banyak berjasa dan menyumbang, tiba-tiba boleh duduk semeja dan bersekongkol dengan parti pembangkang.

“..sehingga mewujudkan keresahan, kecelaruan dan perpecahan selain sifat berbelah bahagi dalam kalangan semua peringkat pimpinan dan ahli akar umbi,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top