0

Selepas keputusan MT Umno pecat TS Muhyiddin dan DS Mukhriz, adakah mereka akan beralih arah kepada pembangkang ??, agaknya kalau diberi pilihan untuk menyertai pembangkang mungkin PAN adalah parti yang terbuka untuk menerima mereka.

Sebelum ini, Mahathir pernah berkempen untuk DAP dan PAN tidak mustahil Muhyiddin dan Mukhriz akan meneruskan agenda politik mereka melalui pentas PAN pula. Mungkin juga ini adalah peluang PAN yang kononnya mahu mengungguli PRU-14.

Jika kedua pemimpin ini bersama PAN, ia akan memberi ruang untuk mereka menjelaskan kepada rakyat tentang pemecatan mereka serta dapat meraih simpati rakyat dan menyemai kebencian terhadap kepimpinan DS Najib, mungkin PAN akan menggunakan situasi ini untuk menaikkan nama parti tapi bagi Muhyiddin dan Mukhriz ia akan menjadi platform yang baik untuk membela diri.

Begitu juga dengan Mahathir dulu, gunakan pentas pembangkang untuk membela diri setelah keluar dari umno, mungkin juga Mukhriz akan mengikut jejak Mahathir dan pergunakan PAN untuk kepentingan diri sendiri.

Dalam pada itu. keputusan MT Umno adalah tepat untuk memecat 'duri dalam daging' di dalam parti, jika terus dibiarkan ia mungkin akan merosakkan pemikiran ahli akar umbi parti yang lain, kerana agenda yang dibawa mereka hanya akan menyusahkan pelbagai pihak.

Oleh itu, keputusan kononnya kedua pemimpin tersebut akan menyertai PAN atau mana-mana parti pembangkang akan memberi tentangan di dalam PRU-14 akan datang. Jika mereka terus berdegil untuk menggulingkan Najib, tidak mustahil mereka akan berada di pentas pembangkang secara terang-terangan selepas ini. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top