0

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya melapangkan dada dan menerima keputusan dipecat dari  Umno dengan hati yang terbuka.

Menurut Zahid Hamidi , beliau tahu dan memahami perasaan seseorang apabila mendapat tahu dirinya telah disingkirkan dari sesebuah organisasi.... Tapi apa yang perlu dilakukan oleh seseorang itu perlulah menerima dengan hati yang terbuka.

Sekiranya seseorang itu tidak dapat menerima keputusan yang telah diputuskan oleh pihak tertinggi sesebuah organisasi tersebut, maka orang yang menerima nasib tersebut akan mula meroyan atau bertindak diluar jangkaan.

Zahid Hamidi yang memberi nasihat ini dipercayai kerana tidak mahu Muhyiddin dan Mukhriz cepat melatah atau melantun, menghentam Umno sebagaimana yang dilakukan oleh ketua mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lagipun, pemecatan yang dibuat keatas Muhyiddin dan Mukhriz bukan dibuat dengan suka-suka.... Keputusan ini telah diteliti dari semua aspek tindakan yang pernah dilakukan mereka seperti duduk sepentas bersama parti pembangkang.

Dalam masa sama, Zahid Hamidi turut memaklumkan bahawa sebuah 'ketaatan' itu merupakan sebuah 'barangan' yang paling mahal untuk dibayar dan perkara ini yang amat sukar dicari.

Tak dinafikan 'ketaatan' itu merupakan 'barang' atau 'perkara' yang paling mahal.... Susah nak dapatkan barangan seperti ini... Tak ramai yang mampu menjadi seorang yang 'taat' kepada ketuanya.

Macam kes Muhyiddin dan Mukhriz ini... Ia jelas 'ketaatan' mereka kepada parti amat murah... Ketaatan mereka mampu dibeli oleh parti pembangkang apabila mereka sanggup duduk sepentas bersama pemimpin-pemimpin pembangkang.

Jadi, adalah satu keputusan yang tepat dilakukan oleh Majlis Pemimpin Tertinggi Umno dengan memecat Muhyiddin dan Mukhriz dari parti kerana mereka ini merupakan tali barut kepada parti-parti Melayu di negara ini!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top