0

Kalau la parti baharu bakal ditubuhkan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin... dalam agakkan korang nama apa yang bakal dipilih mereka ekkk??

Parti M&M ke atau parti 2M hahaaaa! M&M yang coklat tu beb! Kalau dorang tak nak tubuhkan parti baharu jadi dalam tekaan korang parti pembangkang sedia ada yang manakah bakal menjadi pilihan dua orang bekas pemimpin ‘pemberontak’ ini?

Nak masuk Amanah ke... DAP ke... PKR ke... Atau pun PAS?? Parti mana yang menjadi pilihan sanubari dorang tu. Memang tidak tolak kemungkinan yang Mukhriz dan Muhyiddin pastinya mendapat perlawaan untuk menyertai salah satu parti tersebut... Tetapi masih lagi was-was untuk menerima perlawaan tersebut.

“Saya dan Mukhriz akan membuat keputusan yang amat besar dalam sejarah hidup kami,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Mukhriz.

Maknanya Muhyiddin masih belum berputus asa untuk berjuang menjadi pemberontak politik dan berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara luar parti pula.

Sebelum ini dia dan Mukhriz tak berjaya jatuhkan Najib ketika mereka masih berada dalam parti UMNO. Tapi setelah kena pecat dari parti... mereka kini sedang memikirkan untuk menubuhkan parti baharu atau masuk sahaja dalam mana-mana parti pembangkang yang ada.

“Kalau setakat tubuh parti baharu, hari ini pun boleh tubuh tapi ia bukan hanya soal tubuh parti, ini bukan sebab saya atau Mukhriz, ini soal negara, apa nak difikirkan adalah hala tuju negara,” katanya.

Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti itu manakala Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keahlian. Perkara tersebut diumumkan pada Jumaat lepas.-TiraGomez/UtaraNews.com 

Post a Comment

 
Top