0

Selepas dipecat dari Umno, Hanez rasa DS Mukhriz ni mungkin dah terkena badi Mat jenin. Sebab tu, macam-macam imaginasi dan khayalan politik yang Mukhriz bangkitkan. Salah satunya adalah mengenai negeri Terengganu kononnya Umno berpakat dengan PAS akan menyerahkan negeri itu kepada PAS masa PRU nanti.

Nampak macam tak masuk akal betul imaginasi Mukhriz ni, tak kan Umno Terengganu senang-senang nak serahkan negeri tersebut kepada PAS sedangkan dulu mereka berhempas pulas untuk mendapatkan kedudukan tersebut.

Umno Terengganu juga telah menafikan tuduhan Mukhriz terhadap mereka, melalui MB Terengganu beliau menolak habis-habiskan mengenai isu ini dan mengangap Mukhriz hanya berimaginasi saja, hal ini tidak mungkin akan berlaku sama sekali.

Jelas, isu ini adalah salah satu modal politik Mukhriz setelah dipecat daripada menjadi ahli Umno. Mungkin modal ini akan dijadikan titik permulaan untuk mencipta keresahan dalam parti. Spekulasi ini mungkin akan berkesan kepada penyokong kuatnya saja, tapi tidak kepada anggota Umno yang sudah masak dengan permainan politik yang macam ni.

"Kini anggota UMNO sudah cukup matang dan spekulasi liar itu tidak mampu menggugat perpaduan dalam parti sebagaimana telah dibuktikan apabila Majlis Tertinggi membuat keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz ", katanya

Sepatutnya Mukhriz perlu mencari jalan penyelesaian yang boleh diguna pakai setelah dipecat, mungkin terus bersama pembangkang atau sebaliknya. Dengan cara politik yang seperti menagih simpati dan murahan ni, tidak dapat membantu dirinya untuk terus berada di kancah politik.

Jadi, tidak perlu untuk Mukhriz mengaitkan mana-mana pihak bagi mencetuskan kebimbangan dan huru-hara kepada ahli Umno serta rakyat. Umno Terengganu juga, menasihati Mukhriz supaya tidak menjadikan negeri Terengganu sebagai modal politik untuk tujuan peribadi.

Justeru, Mukhriz seharusnya lebih bijak untuk mengatur strategi dalam permainan politiknya. Bukannya guna modal murahan macam tu untuk jadikan dirinya lebih popular dimata rakyat dan meraih simpati diatas apa yang berlaku terhadap dirinya. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top