0

Amboiii... Bukan main lancang lagi mulut Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ni. Macam waktu dia kena pecat dari jawatan MB Kedah awal tahun ini laaa... Akibat tak puas hati macam-macam dia fitnah.

Kali ni lepas kena pecat dari parti UMNO... Kisah kembara memfitnahnya pun bermula. Ingatkan dah insaf la dari buat kerja memfitnah ni rupanya belum lagi! Mukhriz kali ini memfitnah pula UMNO... eshhhh perut kenyang dok fitnah ja dia ni!

Mukhriz pandai-pandai pula buat cerita kononnya UMNO dan PAS telah membuat satu perjanjian... Satu perjanjian pertukaran atau dalam erti kata lain UMNO nak jual Kedah , Terengganu dan Kelantan kepada PAS. Entah dari mana dia dapat teori ni... Sebab Mukhriz dok main rasa-rasa pulak!

"Mesti ada perjanjian. Mereka cuba untuk membawa PAS dan Umno bersama-sama. Perlu ada tukaran untuk PAS. Saya melihat Kelantan , Terengganu dan Kedah (akan) kembali kepada PAS....,

"Jadi, dalam fikiran saya, ini amaran untuk Umno Kedah. Bersiap sedialah untuk serahkan Kedah kepada PAS kerana tanda-tanda sudah ada," katanya pada sidang media di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya.

Siap tolong bagi amaran lagi tu wuuuuuu akotnya boboi! Tambah Mukhriz ‘kerjasama’ yang bakal terjalin antara UMNO dan PAS setelah UMNO ‘menjual’ Kedah, Terengganu dan Kelantan itu bukanlah  berbentuk kerajaan perpaduan. Tapi hanya sekadar UMNO mahu menyerahkan kembali tiga negeri itu kepada PAS.

"Bukan kerajaan perpaduan. Mereka akan serahkan kepada PAS. Itu pandangan saya. . ." tegas Mukhriz.

Haishhhhh... macam-macam betul la dengan mamat sorang ni! Nampak tak sebenarnya Mukhriz ni ada sedikit tidak puas hati dengan pemecatannya. Bukan sikit la tapi banyak sebab belum apa-apa lagi sudah mula fitnah UMNO.. Lepas ni apa pulak tak tahu la.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top