0

Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang menunjukkan kemenangan kepada Barisan Nasional, Pakatan Harapan kini mencari formula supaya dapat menjemput Pas untuk kembali bersama mereka mengukuhkan sokongan parti pembangkang.

Pakatan Harapan yang disertai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) kini mula terkinja-kinja memohon kepada Pas supaya bersama mereka dan melupakan kisah silam yang lalu.

Mereka tahu, Pas mempunyai sokongan yang padu apabila Pas yang bergerak sendirian sebagai blok ketiga bagaimanapun berjaya mendapat undi sama banyak dengan undi Pakatan Harapan yang disertai 3 parti.

Namun begitu, timbul persoalan dimana, adakah Pas mahu kembali bersama dalam Pakatan pembangkang yang pernah menendang Pas dan menyebabkan parti Islam itu berpecah sehingga tertubuhnya sebuah parti baharu??

Jangan mimpilah nak tengok Pas kembali ke pangkuan Pakatan pembangkang... Apatah lagi Pakatan pembangkang tu turut disertai DAP dan PAN yang kini merupakan musuh utama parti Islam itu.

Sudah ramai pemimpin Pas menjelaskan bahawa parti Islam itu sama sekali tidak akan kembali ke pangkuan tersebut, apatah lagi gabungan itu kini diketuai oleh DAP yang jelas menunjukkan parti tersebut anti-Islam.

Jadi, tak payahlah korang nak bermimpi nak tengok Pas kembali ke Pakatan untuk bersama PKR, DAP dan PAN... Perkara ini tak akan berlaku kerana Pas juga sudah sering dilayan seperti 'pendatang' oleh DAP semasa bersama dalam Pakatan Rakyat.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top