0

Pada 26 Jun ini pelawak dan pengacara Nabil Ahmad dan isteri akan berangkat untuk menunaikan umrah buat pertama kali bersama.. Keberangkatan Nabil ke tanah suci nanti akan dirakam untuk program ‘Perjalanan Haji Nabil’..

Memilik dua cahaya mata hasil perkahwinan mereka iaitu Naira Mikayla dan Leyla Medina, peminat tertanya-tanya adakah Nabil akan bawa anak-anaknya sekali pergi menunaikan umrah.. Selalunya artis akan ambil peluang macam ini untuk bawa anak-anak sekali..

Walaupun anak-anak Nabil masih kecil, boleh je Miss A rasa kalau ibu bapa nak bawa ke tanah suci.. Pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya pun bawa Lara Alana pergi menunaikan umrah, takkan Nabil tak nak bawa anak-anak menjejakkan kaki ke tanah suci?

Sebenarnya Nabil tak bawa anak-anaknya mengerjakan umrah tahun ini, sebab Nabil risau anaknya tu aktif.. Kalau boleh Nabil nak bawa anaknya pergi Mekah tahun hadapan dan cari bulan yang sesuai yang tak berapa ramai orang..

Biasalah budak-budak uolls faham jelah sendiri kalau dah jalan pantang terlepas pandang sikit, tengok-tengok anak dah lari ke tempat lain.. Disebabkan risau keselamatan anak-anak Nabil tak akan bawa ke Mekah..

Sebabkan anak-anak Nabil di agak aktif, kalau keluar berjalan kat mana-mana Nabil memang akan pakaikan tali.. Ingat tak dulu Awal pakaikan tali untuk Lara sebab aktif? Haa, Nabil pun pakaikan anaknya tali.. Sebabkan pakaikan anak dengan tali Nabil pernah kena kecam buat anak-anak macam binatang..

Pergi umrah nanti kalau Nabil nak bawa anak, bawa sekali la tali di Mekah.. Ikatkan je anak tu dengan tali dah kalau risau anak berlari sana-sini.. Nama pun budak-budak tak aktif memang tak sah, kalau nak tungu tak aktif.. Dah besar dah boleh fikir baru sendiri baru dah tak aktif berlari ke sana-sini..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top