0

Walaupun sudah hampir enam bulan pasangan Nabila Huda dan suaminya mendirikan rumahtangga.. Tak seperti pasangan suami isteri yang lain, di awal perkahwinan Nabila atau lebih suka dipanggil Abel masih belum merasai berbulan madu..

Disebabkan itu, Abel rancangan akan berbulan madu bersama suami pada bulan Oktober ini dan pilih Amerika Selatan sebagai tempat berbulan madu.. Sebabkan dah banyak negara yang Abel nak lawati.. Pelakon itu akan berada di sana lebih kurang sebulan atau dua bulan..

Sebelum pergi berbulan madu, Abel dah pun buat beberapa kajian tempat yang sesuai dan cantik untuk dilawati.. Kelewatan pasangan ini untuk merasai suasana berbulan madu bukan sibuk dengan jadual kerja padat..

Abel dedahkan bulan madu ini antara salah satu percutian bajet yang dirangka awal olehnya sendiri.. Dari awal lagi Abel sibuk dengan kerja sebab tengah berusaha kumpul duit nak bercuti di Amerika Selatan.. Dah cukup dengan bajet yang Abel perlukan baru Abel akan terbang ke AS..

Walaupun nak hidup mewah dah nak pergi bercuti di Amerika Selatan dan melawat banyak tempat.. Memang perlukan banyak duit untuk terus hidup kat sana.. Kalau berbulan madu seminggu dua tak perlukan perbelanjaan yang banyak..

Abel dan suami sampai sebulan atau lebih nak berbulan madu di sana, memang gunakan duit yang banyak.. Bakal menyambut raya kali pertama dengan suami, Abel lebih selesa untuk bersederhana.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top