0

Dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar  yang akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, calon Pakatan Harapan iatu calon Parti Amanah Negara (PAN) dalam PRK Kuala Kangsar menyeru semua pengundi khususnya pengundi Pas untuk mengundi dirinya sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Selain itu, calon PAN yang menyeru pengundi untuk mengundi dirinya turut memaklumkan dirinya meninggalkan Pas dan menyertai parti itu kerana parti Islam itu gagal membentuk kerajaan persekutuan walaupun telah lama diwujudkan.

Amboi calon PAN... Kalau dah start buka mulut tu... Bukan main lantang lagi kutuk bekas pasti.... Yang tak tahan tu, siap kata Pas gagal memainkan peranan sebagai sebuah parti walapun telah lama diwujudkan.

Calon PAN ingat senang ker sebuah parti nak perintah negara... Tubuh-tubuh parti jer dah boleh memerintah negara... PAN yang baru lahir pun tak mampu menang kerusi... Tengok PRN Sarawak sebelum ni... PAN mampu ke dapat kerusi?? Takkan?? Tu maknanya bukan senang nak dapat jadi parti pemerintah.

Disebabkan kelantangan calon PAN mengkritik Pas dalam kempennya, Naib Presiden Pas Idris Ahmad hari ini tampil menyelar dakwaan calon Pakatan Harapan tersebut.

Menurut Idris, seruan calon PAN supaya pengundi Pas mengundi dirinya dan menuduh Pas gagal memainkan peranan sebagai sebuah parti Islam ibarat seperti 'ayam makan serigala'.

Perumpamaan yang digunakan Naib Presiden Pas itu kepada calon PAN memang makan dalam... Perumpaan itu membawa maksud PAN sebagai ayam cuba menumbangkan serigala iaitu Pas yang lebih berpengalaman untuk menumbangkan musuh.

Biasala tu... Nama pun PAN... Tengok jelah siapa Presiden parti tu... Kalau tak berangan kuat memang tak sah lah... Padahal sokongan rakyat terhadap parti tu berapa kerat laa sangat... Orang pun tahu PAN tu khadam DAP... Sokong PAN sama dengan sokong DAP!! -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top