0

Selepas kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun lalu, ramai yang meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diawalkan.

Permintaan dipercepatkan PRU ini dipercayai, rakyat tidak sabar untuk melihat kekalahan Pakatan Harapan sekaligus menukar kerajaan negeri Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang ke kerajaan negeri Barisan Nasional.

Namun begitu, timbul persoalan mengenai permintaan ini... Adakah permintaan ini relevan dan perlu dipercepatkan?? Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mendengar permintaan ini dan menunaikannya??

Andy tahu ramai yang tidak sabar untuk menukar kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan dan mahu melihat kejayaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Najib yang mempunyai pelbagai liku.

Memang tidak dinafikan kemenangan dan majoriti yang diperoleh oleh Barisan Nasional itu amat mengejutkan orang ramai... Siapa sangka, Najib yang diserang bertubi-tubi masih mampu meraih kemenangan dengan majoriti yang besar.

Bagaimanapun, bagi Andy.... Barisan Nasional perlu membuat analisis terlebih dahulu sebelum mengadakan PRU.... Ini kerana, Barisan Nasional tidak boleh begitu gembira atau leka dengan kejayaan yang dikecapi dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

Analisis yang perlu dilakukan itu bukan bermakna Barisan Nasional takut untuk bertanding dalam PRU... Tetapi sebagai persedian Barisan Nasional sebelum masuk ke gelanggang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top