0

Walaupun ramai yang menyokong puak anti-Najib yang mengesa  untuk menolak DS Najib sebagai Perdana Menteri malaysia, tapi masih tidak mendapat apa yang dihajati mereka kerana masih ramai rakyat yang mahu berada di bawah pimpinan Najib.

Pembangkang selalu mengaitkan isu peribadi Najib dan isteri untuk membutakan mata rakyat bagi menolak parti UMNO dan BN. Macam-macam tohmahan yang dilemparkan tetapi Najib teguh menepis semua tohmahan terbabit dan rakyat memberi kemenangan kepada BN di PRK.

Korang tahu tak... baru-baru ni Najib membuat kenyataan memperuntukkan 30 juta untuk membina asrama bagi anak-anak jalanan di sekolah bimbingan jalinan kasih (SBJK) di Jalan Raja Muda Abdul Aziz Kampung Baru. Hal ini patut diketahui oleh puak anti-Najib yang selama ini hanya tahu memfitnah. Jahat sangat ke Najib ni ??

" Dengan pembinaan sekolah ini pelajar akan mendapat tempat tinggal yang selesa dan selamat selain menjamin masa depan mereka ", katanya

SBJK adalah salah satu sekolah yang memperjuangkan nasib anak-anak  gelandangan, anak yatim dan tidak mempunyai pengenalan diri yang sah. Usaha PM untuk membina asrama  sekolah ini adalah amat baik bagi membantu dari segi pelajaran, kerana ia mungkin boleh mengubah masa depan anak-anak yang tidak bernasib baik seperti ini.

Pembelaan yang ditunjukkan oleh Najib mungkin akan membuka mata rakyat yang kononnya anti-Najib sangat tu.. sepatutnya sebagai rakyat kita sokong apa saja kemajuan yang bakal dilakukan oleh perdana menteri, bukan asyik persoalkan tindakannya.

Segala bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat juga sering dipersoalkan supaya isu berkenaan boleh dipolitikkan untuk menentang kerajaan di bawah pimpinan Najib. Mungkin juga dengan gandingan bekas pemimpin yang tidak suka dengan cara kepimpinan yang dibawa Najib turut memberi kesan yang negatif.

Usaha Najib untuk menolong rakyat lansung tidak dihebohkan tapi, bila ada isu peribadi yang dibangkitkan mula ada pihak yang menabur fitnah. Jika perdana menteri menyatakan hasratnya untuk membantu rakyat yang susah seperti anak-anak di SBJK tidak pula pembangkang membangkitkan isu ini.

Konklusinya, kita sebagai rakyat tidak harus memandang dari aspek negatif seperti pembangkang, malah kita sebagai rakyat perlu menyokong segala tindakan baik yang dilakukan oleh Najib bagi membantu rakyat kerana masih ramai yang memerlukan pertolongan dan perhatian. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top