0

Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, kita dinasihatkan supaya menolak golongan-golongan yang menentang keras ajaran agama Islam. Bukan itu sahaja, wajar bagi rakyat Malaysia untuk menolak geng-geng yang dikenal pasti sebagai anti-Islam serta yang sekutu dengannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat saranan tersebut kerana baginya sebagai umat Islam tidak patut untuk mereka berkompromi dengan individu-individu sedemikian. Jangan sesekali bersekongkong dengan golongan yang menolak Islam kerana pemikiran mereka kotor.

Bukan itu sahaja, umat Islam di negara ini juga dituntut untuk menolak golongan anti-Islam kerana ia adalah kewajipan untuk memperjuangkan Islam demi memastikan syiar Islam terus berkembang dan subur di negara ini.

“Kita tidak boleh kompromi dalam hal ini, mesti perjuangkan agama Islam di bumi bertuah ini. Kita tolak sesiapa yang tidak suka Islam dan sudah tentu kita tahu siapa mereka ini dan pihak yang bersekongkol dengan mereka.

“Kewajipan kita sebagai umat Islam untuk perjuangkan Islam authentic. Islam yang sebenar tidak keterlaluan, tidak terlalu longgar atau liberal sebaliknya yang pertengahan, seimbang dan wasatiyah,” katanya.

Namun begitu, tindakan menolak golongan anti-Islam bukanlah menjadi tiket kepada kita untuk tidak menghormati agama lain. Penindasan terhadap agama lain bukanlah dituntut dalam ajaran Islam... Sebaliknya elok kalau kita tunjukkan kebaikan ajaran Islam supaya dalam masa yang sama mereka juga akan menghormati ajaran agama Islam.

Sementara itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut mengajak seluruh umat Islam di negara ini supaya memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadhan dengan melakukan ibadah dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

“Tidak semestinya berada dalam keadaan keletihan dan kelaparan menjadikan umat Islam lemah. Apa yang penting untuk menentukan ketaqwaan dan kejayaan ialah keimanan serta daya juang yang kukuh.

“Dengan berbekal perkara ini serta persiapan rapi sebagai satu pakej, Insya- Allah kita akan boleh berjaya bukan sahaja dalam bulan Ramadan tetapi juga sepanjang masa,” katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama pemimpin masyarakat serta kakitangan kerajaan Parlimen Pekan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al Haj, semalam.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top