0

Beban yang terpaksa dihadapi rakyat sekarang ini bukanlah seratus peratus berada dibawah tanggungan kerajaan semata-mata. Kadang-kala ia datang dari sifat tamak para peniaga.... Ini kerana ada diantara mereka yang meletakkan harga jualan jauh lebih tinggi dari harga yang ditetapkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan para peniaga supaya menjalankan tanggungjawab dengan amanah. Masing-masing perlu mengamalkan sikap jujur dan tidak mengambil kesempatan diatas kesulitan.

Jika diperhatikan, penjual sengaja meletakkan harga yang tinggi kerana mahu untung yang banyak walaupun telah dikenakan tindakan. Jadi rakyat Malaysia perlu sama-sama memainkan peranan meringankan beban masing-masing dalam menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti mempercepatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta memberi bantuan khas hari raya kepada penjawat awam, pesara kerajaan, pekebun kecil dan peneroka... Namun peniaga juga diberi amaran supaya tidak menindas pembeli.

"Kedai-kedai dan peniaga, selain menawarkan jualan murah, perlu memastikan agar barangan dijual pada harga yang berpatutan dan mengikut ketetapan, terutamanya barangan runcit dan makanan yang di bawah senarai harga kawalan," katanya.

Rakyat juga dinasihatkan supaya berbelanja mengikut kadar kemampuan sahaja... jangan la berlebihan dan mengikut nafsu... Elok kalau korang berbelanja secara berhemah dalam membuat persiapan menyambut Syawal.

"Yang lebih penting dan bermakna dalam menyambut Aidilfitri bukanlah kelengkapan dan pakaian baharu, tetapi ikatan silaturahim dan kekeluargaan sesama kita.

"Semoga Syawal yang akan tiba ini bakal mengeratkan lagi hubungan antara kita semua, Insya-Allah," kata perdana menteri.

Jika harga barangan naik secara mendadak padahal kerajaan langsung tidak umumkan kenaikan harga barang... Itu bermakna peniaga sengaja mengambil kesempatan. Elok kalau korang laporkan pada pihak berwajib dan bukannya salahkan kerajaan diatas kebiadapan peniaga itu sendiri.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top