0

Pemimpin yang berjiwa rakyat seperti ini yang patut rakyat sokong, tapi ada lagi segelintir rakyat yang termakan hasutan pembangkang sampai sanggup menuduh DS Najib dengan pelbagai tuduhan serta cacian.

Seharusnya rakyat menilai dari segi tanggungjawab dan keperihatin Najib dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin negara. Tengok macam baru-baru ni beliau turun padang untuk membeli belah bagi kelengkapan syawal bersama penghuni pusat jagaan orang tua Al-Fikrah.

Dengan sikap yang rendah diri, Najib datang untuk meceriakan majlis tersebut. Ternyata ramai warga emas yang teruja atas kehadiran beliau di situ. Kedatangan Najib juga tidak disambut dengan permaidani merah, tapi hanya disambut dengan kemesraan warga emas tersebut.

Penghuni Al-Fikrah juga turut meluahkan ucapan penghargaan kepada Najib kerana tidak lupa menghulurkan sumbangan kepada mereka dan turut ada bersama-sama untuk memilih baju raya untuk tahun ini.

"Terima Kasih PM, belanja baju Raya kami". Alhamdulillah, pakcik suka sangat perdana menteri sendiri pilih baju Melayu warna merah jambu untuk dipakai Raya di rumah orang tua atau rumah anak pakcik," kata Penghuni Al-Fikrah

Walaupun, Najib sangat sibuk dengan tugasnya, namun ada juga masa yang diluangkan untuk merai rakyat yang kurang bernasib baik. PM pun ada masa nak luangkan bersama rakyat, tapi kadang-kadang rakyat sendiri yang membutakan mata untuk melihat kebaikan dan keperihatinannya.

Sikap pemimpin yang sering menjaga kebajikan rakyat perlu dihormati, bukan dihina dengan caci maki. Dah menjadi tanggungjawab Najib untuk memenuhi keperluan rakyat, tapi akan ada jugak mulut puaka yang tak akan senang duduk jika Najib menghulurkan bantuan.

Ada la pihak yang tak bertanggungjawab cakap bagi dedak, kalau pemimpin yang tidak menghulurkan bantuan kepada rakyat, siapa lagi ??..Mungkin rakyat mengharapkan pembangkang untuk membantu, tapi sampai sekarang tak ada pun pembangkang yang turun padang menghulurkan bantuan di saat rakyat kesempitan. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top