0

Bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor pernah mengatakan dirinya mempunyai 'niat' untuk meyertai parti serpihan Pas, Parti Amanah Negara (PAN).... Namun belum mengisytiharkannya.

Bila Husam memaklumkan beliau mempunyai 'niat' untuk menyertai parti serpihan Pas itu, maka timbul persoalan mengenai Husam mahu sertai parti mana kerana Husam sebelum itu pernah mengatakan dirinya merupakan ahli Pas seumur hidup dan mahu kembali ke pangkuan Pas.

Bagaimanapun, 'niat' Husam untuk terus kekal sebagai ahli Pas atau kembali ke pangkuan Pas dilihat satu permainan yang cuba diatur oleh beliau.... Ini kerana, Husam kini sering bersama dalam program anjuran PAN dan turut bersama dalam Deklarasi Rakyat yang diwujudkan oleh Mahathir.

Tak tahulah kenapa Husam sanggup berbuat demikian... Bagi Andy, Husam bertindak sedemikian mungkin kerana mahu menghidupkan karier politiknya selepas ditendang Pas atau bahasa mudahnya mahu mencari makan.

Sekiranya Husam bertindak atau bergerak secara solo selepas disingkirkan dari Pas.... Memang agak sukar buat Husam untuk meneruskan perjuangan politiknya memandangkan beliau terpaksa bergerak secara sendirian kerana Husam kini merupakan wakil rakyat bebas.

Jadi.... Bagi meneruskan karier politiknya.... Husam terpaksa 'menumpang' sokongan dan populariti PAN dan Mahathir... Kalau Husam bergerak sendiri.... Memang masaklah politik Husam... Berapa kerat jer sokongan Husam.

Tak dinafikan memang baguslah Husam ada niat nak sertai PAN.... Lagipun orang dah tahu Husam ni jenis 'harum manis'... Kata diri jer 'hijau', tapi hakikatnya dalam tu 'oren'..... Sebab tu juga Pas malas nak melayan 'rayuan Husam untuk kembali ke pangkuan.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top