0

Pelakon dan bekas model, Nazrief Nazri yang pernah popular di media sosial di awal kemunculannya dalam industri hiburan.. Popular bukan sebab bakat dalam lakonan, tapi popular sebab tersebar beberapa keping gambar dirinya dah menjadi model spender.. Hahaha..

Satu Malaysia tengok gambar ‘bebird’ Nazrief bila jadi model spender.. Tapi, Nazrief dah pun memohon maaf sebab perkara itu.. Waktu jadi model spender dia masih lagi mentah, tak tahu mana betul mana salah..

Masih baru lagi dalam industri hiburan, Nazrief dah pun tamatkan kontrak dengan syarikat pengurusan Uprising Entertainment Sdn Bhd.. Artis-artis baru kan selalunya akan bernaung di bawah mana-mana syarikat untuk dapat job..

Tapi, Nazrief lebih selesa untuk bergerak sendiri.. Antara salah satu sebab Nazrief tak mahu lagi bernaung di bawah syarikat pengurusannya adalah kerana sepanjang bernaung, Nazrief langsung tak dapat tawaran sebagai duta produk..

Dah kemaruk sangat ke Nazrief ni nak jadi duta produk? Artis lain yang lama dah menapak dalam industri hiburan pun susah nak dapat tawaran jadi duta produk.. Nazrief yang artis suam-suam kuku rasa dia patut dipilih jadi duta produk?

Gila ke hape ko ni dik non oit? Baru lagi jadi artis dah sibuk nak suruh pengasas produk kat luar sana pilih Nazrief jadi duta.. Ingat pengasas produk nak pilih artis jadi duta produk dengan tengok muka hensem dan badan sado tu ja ka?

Nak bayar duta produk mahal-mahal, setiap pengasas produk akan tengok dulu popular ke idok artis yang dorang pilih.. Kalau diri tu masih lagi tak popular, jangan harap la nak dapat jadi duta..  Susah kalau artis suam-suam kuku rasa diri tu dah popular satu Malaysia, bila tak dapat jadi duta produk meroyan.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top