0

Dah semakin menjadi-jadi usahawan muda Neelofa ini, dah makin banyak pulak bidang perniagaan yang mula Lofa ceburi.. Baru-baru ini, Lofa dah pun lancarkan jenama minyak wangi jenamanya sendiri..

Kali ini, Miss A dapat tahu pelakon dan pengacara popular itu bakal keluarkan jenama beg tangan sendiri pula.. Di setiap beg yang dihasilkan dan dikeluarkan akan ada nama ‘Neelofa’.. Neelofa macam dah nak keluarkan satu syarikat dibawah jenamaannya sendiri di pasaran pula Miss A rasa..

Macam syarikat besar selalu buat tulah, contohnya adalah jenama ‘Gucci’ yang mendapat sambutan hebat di kalangan kaum wanita.. Produk yang dihasilkan antaranya adalah beg tangan, jam, minyak wangi dan kasut..

Sudah keluarkan jenama minyak wangi sendiri, dan bakal keluarkan jenama beg tangan sendiri pula.. Miss A rasa memang tak terkejut kalau produk di bawah penjenamaan Neelofa akan dihasilkan dan boleh bersaing dengan produk seperti ‘Bonia’, Gucci’ dan banyak lagi..

Menerusi akaun Instagram, Lofa dah mula memuatnaik beberapa keping gambar dirinya sambil bergaya memegang beg tangan untuk promosi.. Baru muatnaik gambar promosi jenama beg tangan bakal dikeluarkan..

Gambar tu dah mendapat lebih dari 21 ribu like dari peminat serta beberapa komen dari peminat yang dah tak sabar nak mendapatkan beg tangan jenama Neelofa kalau dikeluarkan di pasaran..

Tengah popular dalam industri hiburan keluarkan sebarang produk mesti mendapat sambutan hangat.. Setiap produk yang dikelaurkan Neelofa mesti mencuri perhatian peminat.. Artis lain mesti akan keluarkan produk yang sama nanti.. tunggu dan tengok.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top