0

Filem horror movie yang sangat-sangat dinantikan oleh peminat yang suka tengok filem seram ialah ‘The Conjuring 2’.. Dah pun mula ditayangkan di beberapa pawagam berdekatan di seluruh Malaysia.. Filem itu dah pun mendapat sambutan hebat dari penonton..

Filem seram ‘The Conjuring 2’ adalah sambungan untuk filem ‘The Conjuring’, buat masa ini Miss A masih lagi tak berkesempatan nak tonton filem ini.. Pada mana yang dah tengok filem ini cuba kongsikan sikit tentang filem ini seram ke idok?

Menerusi akaun Instagram milik pengacara terkenal Neelofa dah pun muatnaik sekeping gambar menunjukkan sebuah keratan akhbar dari luar negara.. Tajuk keratan akhbar itu menulis ada orang dah mati sebab tengok filem ‘The conjuring 2’..

Disebabkan berita itu, Neelofa dah minta uolls semua tak tengok filem seram itu.. Terutamanya pada individu yang suka filem horro tapi ada masalah kesihatan seperti sakit jantung.. Neelofa nasihatkan kalau boleh lebih baik cari altenetif lain untuk hiburan, kalau sampai tengok filem ini boleh hilang nyawa lebih baik tengok filem lain.. Sebenarnya Neelofa pun tak tengok lagi filem tu..

Dari komen yang ditinggalkan pengikut Ig Lofa yang dah pun tonton filem itu.. Ramai yang maklumkan filem itu agak seram, dan hantu suka keluar terkejut-terkejut.. Dalam keadaan yang langsung tak dapat dijangka oleh penonton hantu keluar di screen wayang..

Biasalah filem seram memang tak sah la kalau hantu tak keluar mengejut kan? Kalau hantu tak keluar secara mengejut, filem bukan seram mana pun..hahaha.. Kalau dah ada masalah kesihatan tak payah la acah-acah berani sangat nak tengok ye.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top