0

Tak dapat dinafikan lagi bakat penyanyi Yuna dalam industri seni dah pun buatkan namanya dah mula popular di Hollywood bila lagu duetnya dengan penyanyi Usher bertajuk ‘Chapter’ dah pun tersenarai sebagai ‘Best R&B Albums of 2016 So Far’ di Hollywood..

Satu lagi sejarah yang dah dicipta Yuna bila telah diiktiraf oleh pengarang majalah hiburan antarbangsa ‘Rolling Stoners, Mosi Reeves’.. Menurut ulasan penulis Rolling Stones, album Yuna dah berjaya menunjukkan Yuna miliki bakat penulisan lirik yang luar biasa..

Menerusi akaun Instagram Yuna, penyanyi tu meluahkan rasa terharu dengan artikel yang dah ditulis oleh media hiburan antarbangsa itu dan dah memberi pengiktirafan pada album Chapter nya.. Antara senarai lagu yang turut mendapat pengiktirafan adalah album Beyonce, dan Rihanna..

Pengacara dan pelakon Neelofa pun ada memuatnaik gambar dah merasakan Yuna adalah seoarang wanita yang dah memberi inspirasi pada dirinya.. Neelofa sifatkan Yuna adalah seorang wanita yang sangat menarik dah berjaya mengharumkan nama Malaysia..

Walaupun Yuna selalu kena kritik dengan gaya berhijab ala turban.. Penyanyi tu memang dah berjaya menarik perhatian media hiburan antarabangsa bila keluarkan album Chapter berduet dengan Usher..

Album Yuna dah sama level dengan album lagu penyanyi Hollywood Rihanna dan Beyonce.. Tak pernah lagi penyanyi tempatan dapat sampai tahap yang tinggi macam Yuna sekarang ni.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top