0

Mak aiiiiii.... Makin diperhatikan makin naik kepala pulak anak Allahyarham Tok guru Nik Aziz ni. Bukan apa, lama kelamaan nampak macam Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz semakin tamak dan besar kepala.

Ada ka patut Nik Abduh kata yang di Malaysia ni hanya layak ada satu sahaja parti yang memperjuangkan agama Islam... Maknanya hanya satu sahaja parti islam yang boleh wujud di Malaysia ni untuk memperjuangkan agama Islam.

“Tak boleh ada dua parti Islam, walaupun banyak NGO, kerana 1000 NGO tidak gugat jika hanya ada satu parti Islam dalam negara,” katanya pada ceramah di Lempor Hilir malam semalam.

Alasan untuk kenyataan tersebut sebab Nik Abduh taknak nanti undi terdapat parti Islam itu berpecah ekoran terdapatnya dua parti Islam, hal itu akan merugikan. Adakah Nik Abduh cuba sampaikan hanya parti Islam Pas sahaja yang layak untuk memperjuangkan agama Islam??

Agak-agak la kalau bencikan Parti Amanah negara (PAN) pun... Patut ke kenyataan seperti itu dikeluarkan?? Parti lain pun ada hak nak memperjuangkan agama Islam. Habis tu selama ni UMNO, PKR dan PAN tak memperjuangkan agama Islam ke??

Dorang pun berjuang berlandaskan agama Islam juga, atas nama Islam. Salah ke?? Habis tu dah dorang pun  orang Islam tak kan nak perjuangkan agama Kristian pulak. Eshhhh pelik! Buat macam Pas saja yang layak nak perjuangkan Islam. kalau iye pun takut undi berpecah... Tak patut keluar kenyataan macam tu.

“Otak kita banyak tapi Allah minta satukan melalui penyatuan ummah. Nak Islam bertapak di Malaysia beri undi pada Islam.” katanya.

Nik Abduh ni kalau boleh nak rakyat undi Pas je kalau yang melibatkan perjuangan agama Islam... dan kalau boleh Nik Abduh nak PAN tu dibubarkan terus sebab kat Malaysia katanya hanya layak satu parti Islam je. Habis tu UMNO dan PKR macam mana?? Nik Abduh turut menyalahkan PAN punca undi orang Islam kini berpecah.

Katanya daripada sejuta ahli PAS, “hanya 1% ikut Amanah”.

“Tak kan nak salahkan PAS, yang 1% betul, 99% salah,” katanya.

Eshhhh tak faham betul... Pelik benar sikap Nik Abduh ni tamak semacam je. Biar la parti lain nak perjuangan agama Islam jugak, salah ke?? Dalam ceramahnya, Nik Abduh turut berkata Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan satu jihad menentang pimpinan kerajaan yang mendatangkan masalah kepada negara.

“Sistem yang rosak maka menggunakan tangan, mengambil pensel memangkah itu adalah sebaik-baik jihad” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top