0

Sudah lama mula menyepi dari industri hiburan, ramai yang menyangka penyanyi Nita Hamzah dah pun berhenti dari dunia seni.. Sebenarnya Nita masih lagi aktif cuma kurang mendapat jemputan atau tawaran untuk muncul di kaca TV..

Di bulan Ramadhan ini ada beberapa aktiviti sering dilakukan bersama media, artis dan anak-anak yatim.. Majlis iftar telah menjemput Nita untuk turut hadir bersama memeriahkan lagi majlis itu di SACC Mall, Shah Alam..

Sepanjang di majlis itu kelibat seorang jejaka sentiasa berada di sebelah Nita, kat mana ada Nita mesti ada jejaka itu.. Takkan adik lelaki Nita pulak kan?hahaha.. Nita tanpa rasa segan silu maklumkan jejaka yang bersamanya itu adalah teman lelakinya..

Sudah hampir 2 tahun berkenalan, Nita akui memang selalu membawa teman lelaki ke beberapa majlis kalau mendapat jemputan.. Jejaka itu hanya mahu dikenali sebagai Fareez dan berusia 28 tahun dan seorang pekerja swasta..

Kalau dah lebih dari dua tahun dah mengenali kekasih, dah boleh ke fasa yang lebih serius.. Mungkin sebab takut populariti turun selepas kahwin, Nita masih lagi tak berkahwin? Iyerlah, tak kahwin lagi pun tak mendapat sambutan.. Kalau dah kahwin nanti nama teurs hilang dalam industri hiburan..hehehe

Apapun, pada peminat yang merindui suara Nita, penyanyi ini umumkan sedang membuat perancangan untuk lakukan comeback dengan melancarkan single baru.. Buat masa ini Nita sedang cari lagu yang sesuai untuk dirinya dan boleh menarik minat pendengar.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top