0

Memang banyak pelakon baru yang popular suka berlagak diva dalam industri hiburan.. Perkara ini tak dinafikan sendiri oleh pelakon lama dalam industri, dulu Fasha Sandha pernah suarakan pendapatnya tentang pelakon baru..

Diikuti dengan pelakon Didie Alias memberi amaran pada pelakon baru supaya lebih menghormati pelakon lama.. Terkini, pelakon Nonny yang di awal kemunculan dikenali sebagai penyanyi di Akademi Fantasia dah sindir pelakon baru..

Sembilan tahun terlibat dalam industri hiburan, Nonny dedahkan dirinya bukan hanya mengejar populariti semata-mata seperti pelakon baru.. Nonny lebih pentingkan kualiti kerja dari populariti..

Populariti akan datang sendiri bila pelakon berikan kualiti yang baik dalam kerja.. Nonny sendiri tak miliki populariti walaupun dah lama dalam industri tapi bersyukur sebab masih banyak produksi yang beri tawaran dan sanggup nak ikut jadual kerjanya..

Pelakon baru yang dah berjaya mengejar populariti dah mula berlagak diva bila dah popular sedang diri masih belum penuh ilmu di dada pasal lakonan.. Nonny rasa geram bila tengok pelakon baru langsung tak reti nak hormat pelakon veteran..

Nonny dedahkan langsung tak rasa dengki dan iri hati dengan populariti yang dikecami pelakon baru.. Tapi, Nonny minta pelakon baru lebih menghormati pelakon lama sebab memang dah banyak pelakon lama yang mula buka mulut mengkritik perangai diva pelakon baru..

Selalunya pelakon baru yang popular tak kekal lama dalam industri sebab tak ada kualiti.. Terlalu kejar populariti sampai mula berlagak diva dan tak hormat pelakon lama.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top