0

U’olls semua mesti pernah guna applikasi yang tengah popular yang nama Snapchat kan? Jenis buat video atau gambar muka comel, ada telinga arnab, telinga anjing dan macam-macam lagi.. Bila dah popular, artis tempatan pun tak ketinggalan guna applikasi ini..

Antara salah satu artis yang guna applikasi ni adalah Nora Danish, menerusi akaun Instagram.. Nora dah muatnaik video guna applikasi ‘Snapchat’.. Dalam banyak-banyak binatang yang ada dalam applikasi tu, Nora nak pilih gambar anjing jugak..

Di bulan yang mulia ni, guna applikasi tu pilih pulak gambar anjing memang kena kecam la.. Nora dah kena maki dengan netizen, bergambar dirinya ada hidung seperti anjing dan dok jelir lidah seperti anjing.. Netizen sifatkan Nora suka bila dirinya jadi anjing, dah elok-elok dicipta jadi manusia nak jadi anjing..

Ada antara netizen nasihat Nora, tak elok menyerupai anjing.. So, tak payah gatal-gatal tangan nak acah-acah diri tu anjing comel.. Dah tuhan cipta muka tu elok-elok, kenapa yang nak jadi muka anjing pulak?

Komen paling pedas oleh netizen, dari jadi anjing lebih baik jadi khinzir.. Hahaha.. Dalam applikasi tu Miss A rasa tak dak lagi kot muka khinzir, kalau ada tak tahu la Nora nak ke idok jadi khinzir.. Khinzir kan haram, anjing tak haram tapi comel.. Hahaha..

Bulan-bulan ramadhan ni tak payah la nak muatnaik video pelik-pelik.. Orang ramai yang sensitif, tengah perut lapar.. Bukak akaun Instagram nampak video Nora rasa diri comel, sebab jadi anjing jelir-jelir lidah.. Itu yang kena maki, kurang pahala sebab maki Nora..
Tapi, artis pun tak boleh fikir ke baik buruk? Memang minta diri di maki ek.. Hahaha.. Jangan cakap Miss A tak payung, Miss A nasihat ni jangan buat lagi video anjing-anjing ni.. Hehehe.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top