0

Bakal menyambut hari raya Aidilfitri tak lama lagi pelakon Nora Danish dedahkan hari raya pertama Nora akan beraya bersama bekas mertua iaitu ibu pada bekas suaminya Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai..

Walaupun dah tak mempunyai hubungan dengan keluarga tersebut ikatan persaudaraan itu masih lagi kuat bila ada anaknya hasil perkahwinan dengan Jejai iaitu Putera Rayqal.. Sebagai cucu pertama dalam keluarga bekas mertua..

Bekas mertua dah tetapkan setiap tahun Rayqal wajib ada di hari raya pertama dalam keluarga tersebut untuk bersama dengan datuk dan neneknya untuk berkumpul dengan cucu-cucu yang lain.. Kalau Nora nak beraya di tempat lain boleh, tapi Nora kena tinggal Rayqal dengan datuk dan neneknya..

Tak mahu berpisah Nora akan turut beraya sekali setiap tahun dengan bekas mertua di rumah mereka.. Nora tak mahu berpisah dengan Rayqal di hari raya buatkan diri ‘terpaksa’ beraya sekali dengan bekas keluarga mertua.. Walaupun ada yang mengkritik Nora tak malu beraya bersama, Nora tak kisah sebab niat beraya bersama adalah kerana anaknya tak salah..

Susah kalau jadi cucu pertama dalam keluarga, kalau Nora dah kahwin dengan Nedim nanti.. Raya pertama Nora dengan Nedim nak raya sekali dengan keluarga Jejai ke? Macam pelik je situasi ini kalau betul-betul berlaku..hahaha.. Nak pula Nedim raya pertama disambut dengan keluarga Jejai..

Rasanya syarat yang diletakkan oleh bekas mertua boleh longgarkan sikit kot.. Boleh selang-seli setiap tahun Rayqal beraya di rumah datuk dan nenek.. Kalau setiap tahun kena raya pertama rumah datuk dan nenek.. Pakat tak kahwin la Nora sebab Nedim tak mahu balik raya rumah keluarga Jejai..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top