0

Beberapa hari lepas, pelakon Nora Danish telah dedahkan bahawa terpaksa tutup kafe Kopi & XOXO miliknya yang terletak di Bangsar kerana kadar sewa yang dikenakan agak tinggi dan tak mampu nak bayar..

Sebabkan tak mampu nak bayar sewa, netizen sifatkan Nora sebenarnya dah tak ada duit nak bayar sewa sebab Kafe tu tak mendapat sambutan orang ramai..

Tapi, nampaknya andai netizen pada Nora tak betul..Walaupun dah tutup satu kafe di Bangsar Nora bukak lagi dua kafe di Bangi.. Bukan faktor tak mendapat sambutan dan tak cukup duit punca Nora tutup kafe, rupanya Nora nak kembangkan lagi perniagaannya..

Sebenarnya Nora dah menceburkan diri dalam banyak perniagaan.. Bukan hanya hanya kafe dan tudung, Nora juga dah buka butik sendiri..

Terkini, Nora maklumkan akan membuka butik di Bangi berdekatan dengan kafe yang baru dibukanya itu.. Tujuan buka sebuah butik berhampiran dengan kafenya untuk memudahkan urusan meninjau kafe dan butik..

Fuhh, kalau macam tu memang dah betul-betul kaya Nora ni.. Tak mengharapkan sepenuhnya dalam mencari pendapatan pada industri seni.. Tapi, boleh mendapatkan pendapatan sampingan dalam bidang perniagaan..

Dah berjaya dalam industri seni dan perniagaan, tercetus dalam hati Nora juga untuk mempunyai sebuah produksi miliknya sendiri suatu hari nanti.. Semua itu masih lagi dalam perancangan.. Tapi, Nora tak terfikir pun nak jadi pengarah, hanya nak buka produksi sendiri..

Nampaknya dah semakin berfikiran panjang artis-artis tempatan.. Tidak terlalu fokus dalam industri hiburan, artis dah sedar nak sumber pandapatan lain dengan menceburi bidang perniagaan..

Nanti mesti banyak kafe, butik dan syarikat produksi gulung tikar sebab artis dah mula nak menceburi bidang perniagaan..hehehe - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top