0

Semua orang dah tahu yang Azmin Ali tak pernah 'tunjuk muka' semasa kempen di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Sebab tu..ramai pihak yang menyoal tentang kehadiran Azmin untuk PRK sedangkan Sungai Besar adalah di bawah kuasa jajahan PKR.

Bila dah banyak mulut bercakap soal Azmin ni, puak PKR pun tampil la nak pertahankan Timbalan Presiden mereka. Nurul Izzah dalam kenyataannya  memberikan alasan yang kononnya Azmin perlu mengiringi Sultan Selangor dalam aktiviti harian, sebab tu tak ada masa nak tunjuk muka berkempen bersama-sama pemimpin lain.

Alasan anak Anwar ni langsung tak relevan, macam hari-hari pulak tugas Azmin nak iring Sultan. Tak kan sebab tu je Azmin tak boleh nak turun padang, walaupun dah beberapa hari kempen berlangsung masih lagi tak nampak kelibat Azmin. ishhh...sibuk betul jadi Menteri Besar Selangor ni rupanya.

Mungkin, puak Pakatan Harapan tak mahu dengan kehadiran Azmin nanti akan timbul pulak isu rasuah yang dikaitkan dengan pemimpin kerajaan Selangor. Ataupun Azmin memang tak mahu memberikan sebarang komitmen terhadap pengundi di Sungai Besar.

Mungkin juga, dengan calon PAN yang dipersetujui oleh puak Pakatan itu tidak di sukai oleh Azmin. Rasanya Azmin lebih tertarik dengan PAS berbanding PAN, jadi dia ambil langkah untuk berdiam diri bagi  tidak menyokong mana-mana parti.

Dalam pada itu, pemimpin PKR yang lain hanya tunggu masa yang sesuai untuk terima kehadiran Azmin. Nak jumpa rakyat pun kena tunggu ke masa yang sesuai, macam-mcam perangai pembangkang ni. Bila tengok barisan pemimpin BN tak pula jadi caca marba seperti pembangkang, semua turun padang bagi sokongan untuk calon BN.

Kalau Azmin hadir untuk berkempen lepas ni pun, rasanya bukan untuk rakyat tapi nak tutup semua spekulasi yang menimpa dirinya sebelum ni. Oleh itu, rakyat Sungai Besar yang undi untuk PAN jangan pulak berharap kerajaan Negeri akan bantu balik mereka kelak,tengok pemimpin pun dah kucar-kacir. -Hkay/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top