0

Setahu Andy... Kalau dah nama pun banduan... Semua layanan yang diterimanya adalah sama... Tak kira laa banduan tu ada pangkat Datuk ke, abang kawasan ke, anak menteri ke... Semua layanan yang diterima adalah sama!!!

Tapi Andy pelik sikit dengan seorang banduan yang bersalah dalam kes liwat bekas pembantunya.... Banduan ni bekas ahli politik, tapi bila dah masuk penjara... Banduan ni dia punya 'demand' macam dia masih seorang ahli politik.

Banduan ni dikatakan mempunyai sakit tulang belakang dan bahu... Yang terkini banduan tu dilaporkan diserang sakit bahu dan memerlukan rawatan segera... Bukan setakat rawatan segera jer... Tapi nakkan rawatan dari doktor pakar luar negara.

Bila pihak Jabatan Penjara tidak mengizinkan untuk mendapatkan rawatan dari doktor pakar luar negara... Ahli keluarga banduan tersebut mula menuduh kata kerajaan ni kejam dan suka menyeksa bapa mereka yang kini sedang meringkuk dalam penjara.

Anak perempuan banduan tersebut, Nurul Izzah Anwar mendakwa, bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mendapat layanan seperti ini kerana bapanya pada satu ketika dahulu pernah menjadi pemimpin nombor dua negara.

Nurul Izzah berkata, beliau mahu bapanya diberi rawatan segera terhadap penyakit yang dihadap dan menggesa supaya bapanya dipindahkan ke satu ruang yang lebih selesa.

"Saya kira Anwar yang juga merupakan bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara sewajarnya mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun.

"Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda terus merosot dengan tempat penahan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda," kata Nurul Izzah.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top