0

Semasa Pilihan Raya Umum ke -13 lepas bukan main gah lagi parti DAP kononnya mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat Cina sehinggakan undi terhadap BN daripada kaum Cina sangat sedikit.

Tapi sekarang ni apa sudah jadi?? Undi masyarakat Cina terhadap BN semakin meningkat dan kepercayaan mereka terhadap DAP semakin berkurangan. Mana tidaknya, DAP hanya tahu memaki hamun pihak lawan dan menghentam mereka, sedangkan kebajikan terhadap rakyat diabaikan.

Rakyat Cina pun sudah muak dengan janji manis dan kosong yang ditaburkan pemimpin DAP sedangkan pemimpin mereka bergelumang dengan pelbagai skandal, dan akhirnya kroni-kroni mereka sahaja yang kaya raya.

Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berkata pada pilihanraya kecil (PRK) Sungai Besar telah menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan apabila  sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) naik sebanyak 35 peratus, berbanding hanya 13 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Target Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekurang-kurangnya 30 peratus je.

"Secara keseluruhan kawasan yang dijaga MCA mendapat 40 peratus pengundi, termasuk selain daripada kaum Cina dalam kawasan Sekinchan.

"...(Tetapi) adalah lebih selamat jika kita katakan sebanyak 35 peratus sokongan diterima daripada pengundi Cina," katanya kepada pemberita selepas meraikan kemenangan calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Bagi kerusi Parlimen Sungai Besar menyaksikan kemenangan memihak kepada calon BN, Budiman dengan majoriti besar 9,191 undi mengalahkan calon PAS yang merupakan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar.

MCA juga bertekad untuk meneruskan misi mentransformasikan parti berkenaan sebagai permulaan sejurus PRK. Beliau turut percaya, kejayaan kerajaan BN membawa pulang dua nelayan Sekinchan yang ditahan di Indonesia baru-baru ini, antara faktor yang melonjakkan sokongan pengundi Cina pada PRK itu.

"Selain itu, semangat kerjasama yang bagus terjalin antara parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan Gerakan membolehkan kemenangan tersebut memihak kepada kita bagi melebarkan majoriti berbanding PRU13,

"Sasaran dan pendekatan kita yang merendah diri telah membuahkan hasil dan pengundi menunjukkan bahawa mereka sudah bosan dengan kumpulan Pakatan di Selangor," katanya dalam kenyataan. -TiraGomez/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top