0

Kenyataan tak cerdik dan terdesak dari Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman buatkan Gomez tak kering gusi ketawa. Pemikiran yang kotor dan lapuk sesuai sangat bagi menggambarkan dirinya sekarang ini.

Punya la tak nak bagi pengundi Kuala Kangsar supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN)... Hamidah tergamak menyebarkan fitnah kotor kononnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan naik daripada 6% kepada 8% jika BN menang.

Katanya kalau pengundi Kuala kangsar menyokong BN maka itu bermakna sama sahaja seperti rakyat di kawasan itu menyokong dan menggalakkan lagi GST tersebut. Amboiiiii.... Sejak bila pulak kerajaan cakap yang kalau BN menang cukai GST akan naik??

Sudah takde modal lain ke yang nak dikaitkan dalam kempen pilihanraya kecil ni?? Balik-balik pasal GST yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lepas tu ungkit kembali mengenai cerita-cerita yang sudah basi seperti wang derma RM2.6 bilion dan skandal 1MDB... Yang paling dahsyat dan terdesak apabila dorang sanggup heret nama isteri perdana menteri yang langsung takde kena mengena tu.

“Oleh itu rakyat digesa supaya berani membuat perubahan dengan menolak calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid.

“Orang Kuala Kangsar seharusnya menolak calon BN, bagi menyatakan mesej bahawa rakyat tolak pentadbiran korup Najib.

“Jika BN menang, orang Kuala Kangsar akan berhadapan dengan kenaikan GST daripada 6 peratus kepada 8 peratus,” katanya ketika berucap dalam forum Deklarasi Rakyat anjura NGO Selamatkan Malaysia di Taman Chandan Puteri.

Hamidah bukan setakat meroyan yang tu je.... Dia siap menuduh bahawa pihak kerajaan langsung tidak amanah dan boros. Cukai yang dikutip itu katanya adalah duit rakyat dan kerajaan langsung tak menjaga amanah yang diberikan rakyat.

“Bukannya guna duit rakyat macam duit ‘mak bapak’ dia orang yang punya,” selar Hamidah.

Ehhhh.... Sedapnya mulut orang tua gila meroyan ni! Sudah la suka-suka hati je tabur fitnah lepas tu tuduh yang bukan-bukan pulak pada kerajaan. Mintak supaya cepat-cepat insaf la noh Hamidah oi!-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top