0

Beriya-iya sangat bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nak tubuhkan parti baru seperti yang tersebar dalam khabar angin. Persoalannya berbaloi ke kalau Muhyiddin dan ‘partner in crime’ sorang lagi bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tu nak tubuhkan parti baru?? Macam tak je!

Bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, walaupun Muhyiddin dan Mukhriz memilih untuk menubuhkan parti baru atau menyertai mana-mana parti pembangkang yang dah wujud tu. Itu langsung tidak akan mengubah sebarang keadaan.

Iyela... Cuba korang lihat... parti pembangkang yang dikatakan hebat sangat tu pun tak mampu nak saingi UMNO. Ini kan pula Muhyiddin dan Mukhriz yang takde apa-apa keistimewaan tu... Tak rasa macam buang masa ke pengorbanan sia-sia dorang tu.

"Sokongan masih kuat... belum boleh sampai, kekuatan ada pada Umno," katanya ringkas selepas ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di ibunegara malam tadi.

Impian Muhyiddin dan Mukhriz yang mahu meneruskan perjuangan politik mereka tu nampak macam akan gagal... Nak tubuhkan platform politik baru konon! Ada ke anggota-anggota parti yang nak join group dorang tu??

Tak pasti Gomez sama ada dorang akan bertekad tubuhkan parti baru atau tidak... Gomez rasa mesti dorang akan berfikiran macam Tun Dr Mahathir Mohamad jugak. Berfikiran sempit sehingga sanggup jadi khadam Pakatan Harapan.

Namun begitu, Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah turut mengakui bahawa keberadaan Muhyiddin dalam UMNO hanya akan merosakkan lagi parti. Cuba korang fikirkan, kalau betul Muhyiddin dan Mukhriz tu baik tak kan la dorang nak langgar disiplin parti.

"Sekiranya dia baik, dia akan tetap berada dalam Umno," katanya.

Daripada korang buang masa dan tenaga memikirkan sama ada nak tubuhkan parti sendiri atau menyertai pakatan pembangkang. Adalah lebih baik korang dok rumah goyang kaki je sambil mengenangkan dan menginsafi kembali kesalahan-kesalahan korang tu.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top