1

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tanpa sokongan PAS, Pakatan Harapan bakal kehilangan pemerintahan di Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru itu, PKR tidak akan berputus asa untuk menjadi orang tengah dalam mendamaikan hubungan PAS dan DAP, walaupun hubungan kedua-dua parti itu tegang.

Jika hubungan kedua parti itu gagal dipulihkan Kelantan juga akan jatuh ke tangan Barisan Nasional, katanya.

Beliau juga nampaknya berkeyakinan apabila menyatakan bahawa semua ketegangan pasti ada penyelesaiannya dan mengungkit bagaimana Anwar Ibrahim membina ‘jambatan’ antara DAP dan Pas pada 2008.

“Persoalan sekarang bukan siapa bekerjasama dengan siapa. Rakyat mahu semua pembangkang bersatu,” katanya kepada China Press.

Sementara itu, Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyalahkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai punca kekalahan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini kerana telah berpihak.

Azmin yang sepatutnya tidak berpihak, tetapi telah menukar pendirian menyokong calon PAN pada saat akhir dalam PRK itu.

Tuan Ibrahim berkata, PAS merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik dengan Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan partinya (PKR) di Selangor.

Katanya, PAS tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati kerusi PAS.

Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku,” kata Azmin. - AIDCNews

Post a Comment

  1. Melihat penindasan dan ketidakadilan DAP di Pulau Pinang dan Selangor terhadap kaum Bumiputera, PAS x sepatutnya buat u turn untuk bersama dengan pakatan lagi. Ia hanya menguntungkan DAP dan PKR yg x pernah mahu mengenang budi dan berlagak sombong. Dan yg lebih penting lagi menyokong kafir harbi sebagai pemimpin boleh membatalkan sahadah. Ingatlah apa yg dibuat di dunia akan diadili di akhirat, wallahuaalam.

    ReplyDelete

 
Top