1

Nampak gayanya Pakatan Harapan yang ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat tidak akan kekal lama apabila terdapat pihak yang mendesak supaya gabungan parti pembangkang yang baharu dikuburkan selepas tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dikhabarkan turut berada dalam Pakatan Harapan dibawah bumbung PKR menggesa supaya Pakatan Rakyat yang telah dikuburkan dua tahun lalu dihidupkan semula.

Gesaan ini dipercayai kerana Pakatan Harapan yang telah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar gagal memberi impak untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan... Malah, sokongan Pakatan Harapan dalam pilihan raya ini dilihat semakin menurun.

Dah berbuih dah mulut cakap... Pakatan Harapan yang kononnya ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat takkan sama macam... Jauh beza dia... Boleh tengok sendiri kot hasilnya.

Cer tengok Pakatan Harapan dalam PRN Sarawak dan dua PRK yang baru melabuhkan tirainya.... Nampak sangat sokongan Pakatan Harapan tak tara mana pun... Sokongan dorang sama banyak atau sama taraf dengan sokongan Pas je.

Pas yang bergerak solo pun mampu dapat banyak undi macam Pakatan Harapan... Pakatan Harapan yang terdiri dari 3 parti sepatutnya mendapat undi lebih banyak dari Pas... Tapi undi yang diperolehi tak jauh berbeza pun... Nampak sangat Pas lagi gah dari Pakatan Harapan... Hahaha.

Bila PRM membuat gesaan ini... Timbul persoalan dimana, adakah Pakatan Rakyat masih mampu dihidupkan semula apabila Pas kini mula berpecah kepada dua kumpulan sehingga tertubuhnya parti baharu??

Selain itu, adakah Pas mahu kembali membentuk Pakatan Rakyat selepas parti Islam itu ditendang dari gabungan itu dan dipersalahkan oleh rakan sekutu iaitu DAP??-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

  1. As salam sdr. Pengarang. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kpd pihak tuan kerana telah membesarkan sedikit font artikel tuan. Saya dapati ia lebih mudah dan selesa utk dibaca. Terima kasih di atas keperihatinan tuan. Rosli.

    ReplyDelete

 
Top