0

Pembangkang ni kadang-kadang tak cerdik jugak... Bukan apa sebab tak tahu fikir mana yang buruk dan mana yang elok. Dah tahu perangai sendiri pun tak berapa nak senonoh dan tidak diterima rakyat, tapi tetap jugak bersekongkol dengan nama-nama jahat di Malaysia ni.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menasihatkan pembangkang supaya menolak segala kerjasama yang telah dijalinkan mereka bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. Bukan apa, kita tengok Mahathir ni cuma akan ‘melingkupkan’ lagi pembangkang.

Menurut jurucakap sayap pemuda itu, Khalid Ismath, pihak mereka tidak mahu untuk terlibat dalam sebarang kerjasama dengan Mahathir dan menolak perkara tersebut kerana menganggap Mahathir yang menjadi punca kepada permasalahan yang berlaku di negara ini.

Contohnya, kekalahan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah disebabkan rakyat tidak suka Mahathir bersekongkol dengan pembangkang. Sebab tu banyak penyokong pembangkang yang dahulu kini memilih BN.

“Rakyat menilai pemimpin BN sebagai zalim, jahat dan mesti dijatuhkan namun dalam masa sama rakyat melihat pembangkang yang mengubah haluan dengan bersama sebahagian pemimpin BN seperti Mahathir, Muhyidin, Mukhriz dan Shafie Afdal ini adalah jauh lebih jijik kerana dilihat sebagai menggadai prinsip dan memperdaya rakyat,” kata Khalid.

Bukan itu sahaja, sikap Parti Amanah Negara (PAN) yang sombong dan angkuh setelah Mahathir mahu masuk campur dalam PRK sangat teserlah. Sikap PAN tu buatkan masyarakat muak dan bertambah meluat dengan pembangkang.

“Hari demi hari, makin ramai rakyat dan pemimpin politik meninggalkan Deklarasi yang dibawa Mahathir, (Lim) Kit Siang dan Mohamad Sabu,” katanya merujuk pemimpin DAP dan Amanah.

Ditambah pula dengan penolakkan oleh para aktivis dan ahli parti pembangkang, mereka dikatakan tidak keluar mengundi kerana tidak mahu bersekongkol dengan nama-nama jahat.

“Ini bukan salah PAS mahupun Hadi, kerana jika pertembungan dua penjuru pun, BN masih menang besar dan undi kepada BN tetap meningkat,” kata Khalid.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top