0

Dah berbuih dah mulut.... Dah tak larat dah nak kata, kalau undi Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sama dengan mengundi DAP.

Korang ada akal.... Korang fikir sendirilah.... Andy terus terang cakap... Dah penat nak bagitau sapa yang undi PAN ni sama dengan undi DAP... Atau bahasa mudahnya memberi undi kepada parti cina kiasu tu.

Korang tengok sendirilah dalam dua PRK yang akan diadakan serentak pada 18 Jun ni.... Korang tengok cara parti pembangkang  berkempen khususnya parti dalam Pakatan Harapan iaitu  DAP dan PKR.

PKR tak nampak sangat berkempen untuk calon PAN dalam dua-dua PRK ni.... Pemimpin PKR dilihat hanya sekadar datang menunjuk muka dan membantu ala kadar terhadap calon PAN.... Tak ligat berkempen seperti PRK Permatang Pauh.

Cer korang tengok cara DAP tolong berkempen untuk calon PAN.... DAP berkempen macam dorang yang bertanding dalam PRK ni.... Bukan orang lain.... Tengok dorang pakai baju cukuplah... DAP sanggup pakai baju warna oren.

PRK Permatang Pauh tahun lalu.... Ada korang nampak DAP pakai baju warna biru PKR??? Ada tak??? Tak ada kan?? Sebab apa PRK Permatang Pauh DAP tak boleh pakai baju biru PKR, tapi PRK ni DAP boleh pakai baju warna oren??? Tak pelik ker??

Kat sini dah jelas yang PAN ni khadam DAP... Tak payah nak nafikan... DAP pakai baju oren sebab senang nak kawal ahli-ahli PAN yang nanar ni.... Kalau DAP tak pakai baju oren karang, susah sikit DAP nak arahkan kaldai-kaldai ni.

Pastu cer korang tengok DAP berkempen menggesa pengundi di dua kawasan ni.... DAP punya  bersemangat suruh pengundi-pengundi disitu mengundi calon PAN... Siap arah pengundi luar untuk balik mengundi calon PAN sebab takut kalah.... PKR mana ada gesa macam DAP ni... PKR kempen santai jer.... Macam tak ada apa-apa.

Kalau yang ni pun korang tak rasa macam bukti undi PAN sama dengan DAP... Andy tak tahu laa nak kata apa.... Harap korang merasa laa macam mana rakyat Pulau Pinang merasa kini... Baru korang tahu macam mana azabnya. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top