0

Desas desus ada menyatakan bahawa Parti Amanah negara (PAN) berkemungkinan akan dibubarkan, sekiranya calon mereka sekali lagi gagal dan kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)  Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Mana tidaknya, sebelum ini di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, PAN telah kehilangan 
kesemua wang deposit dalam pertandingan tersebut. Yela, sebab semua kerusi yang dipertandingkan kesemuanya PAN kalah. Adakah perkara sama akan berulang kali ini??

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata mereka terlalu yakin dan akan memastikan calon mereka tidak kalah buat kali kedua. Muhamad Sabu atau Mat Sabu juga dikatakan malas nak layan ‘cakap-cakap orang’ pasal parti mereka yang lembap tu.

"Itu tidak betul, cakap-cakap orang itu, semua orang boleh cakap, BN hilang deposit itu pun kita boleh cakap.

"Saya tidak sebut pasal kalah... kami yakin kami akan menang," katanya kepada media selepas memberi ceramah di Sayong Lembah kelmarin.

Tambah Mat sabu, mereka sangat yakin mampu mengalahkan BN dan Pas kerana berkat kerjasama dan bantuan dari blok pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR dan DAP. Konon PKR dan DAP ni lah yang akan membantu calon PAN untuk memenangi kerusi.

"Kita kuat dengan Pakatan Harapan, sebab kita tidak akan kuat jika sorang-sorang," katanya.

Nampak sangat yang PAN tak mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri... Semuanya nak mengharapkan bantuan dari parti lain jugak. Kali ini kalau dorang kalah jugak, walaupun diatas bantuan PKR dan DAP... Nampak sangat yang PAN memang parti tak boleh pakai dan langsung takde kebolehan serta keistimewaan mereka yang tersendiri.

PAN mempertaruhkan calonnya di dua-dua PRK, iaitu bagi PRK Kuala Kangsar mereka mempertaruhkan Prof Dr Ahmad Termizi Ramli sementara di PRK Sungai Besar mereka mempertaruhkan Azhar Ab Shukor. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top