0

Angan-angan mat jenin betul parti bongsu dalam Pakatan Harapan ni... Boleh Parti Amanah Negara (PAN) berangan-angan nak kalahkan calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Sebelum berangan nak kalahkan calon Barisan Nasional tu.. Apa kata PAN kalahkan dulu calon Pas... Tak pun kalahkan dulu calon bebas.... Jangan terlalu tinggi sangat angan-angan PAN tu... Nanti takut PAN kecewa teruk jer!!!

PAN punya sokongan tara mana sangat... Sokongan pun setaraf calon bebas jer... Ada hati nak kalahkan calon Barisan Nasional... Berangan boleh jelaa calon Pakatan Harapan ni... Phuiii!!

Menurut Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim, PAN bertanding dalam dua PRK yang berlansung serentak 18 Jun ini bukan mahu menewaskan Pas, sebaliknya mahu menewaskan Barisan Nasional.

"Bagaimanapun misi berkenaan akan gagal sekiranya penduduk memberikan undi mereka kepada Pas kerana akan berlaku pecah undi. Jadi penting untuk Amanah meraih undi sepenuhnya supaya misi menumbangkan BN tercapai," kata Ir Izham.

Alahai PAN... Pakai taktik zaman bila punya ni.. Duk merayu pengundi supaya tak mengundi Pas, kononnya dapat membantu PAN mengalahkan calon Barisan Nasional... Kalau macam ni punya gaya, PAN tarik diri jelah... Buat malu je nanti.

PAN tu kena laa sedar diri... Berapa kerat sangat yang nak sokong parti setahun jagung tu... Biarlah PAN dapat bantuan sokongan dari rakan sekutu DAP dan PKR pun... PAN tetap tak akan dapat menambat hati pengundi di dua kawasan ini. - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top