1

Serang demi serang terus dilancarkan oleh jentera parti pembangkang tidak kiralah dari parti dalam Pakatan Harapan mahupun dari parti Islam Pas. Pelbagai tohmahan serta fitnah liar dilemparkan kepada Barisan Nasional (BN).

Turut tidak terlepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut terkena tempias fitnah pembangkang. Tidak logik dan langsung tak masuk akal tuduhan Parti Amanah Negara (PAN) kali ini... Ada patut dakwa yang Najib hanya menyusahkan BN! Eshhhh tak patut langsung.

Alasan yang PAN bagi, pilihanraya kali ini tiada kelibat gambar Najib dalam poster pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Kononnya dorang taknak letak gambar muka Najib sebab takut orang Melayu taknak undi BN, hahahaha entah apa-apa la alasan yang dorang bagi.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub tetap menuduh pucuk pimpinan teratas itu menjadi punca negatif dan menutup segala peluang calon BN... Tapi sebenarnya sebelum ini perkara tersebut telah pun dijelaskan. Cuma dorang ni yang tak faham bahasa.

“Kita lihat dari perjalanan luar bandar ke bandar, gambar Najib tidak ada.

“Maksudnya BN sendiri mengakui bahawa gambar Najib beri kekurangan undi kepada BN,” katanya.

Tambah Salahuddin lagi, kalau tengok pada zaman pemerintahan yang lain semuanya ada je gambar perdana menteri, tapi kenapa kali ini takde?? PAN ni sengaja nak timbulkan kontroversi murahan bagi membusukkan nama Najib dan BN.

“Gambar PM (sebelum ini) digandingkan dengan calon bagi dapat kekuatan,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim telah menjelaskan kenapa muka Najib tiada dalam poster. Keputusan tiada muka Najib itu diambil bagi mengurangkan kos perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Kalau takde muka Najib pun orang tahu la itu BN... lagi pun yang menjadi calon BN orang lain dan bukannya Najib. Tuduhan Salahuddin yang menyatakan BN sengaja taknak letak muka Najib disebabkan takut orang tak undi dan marah berkenaan skandal yang melanda diri perdana menteri itu adalah tidak benar.

“Bagi saya sengaja tak letak gambar Najib kerana bila lihat gambar Najib nampak 1MDB, GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan juga isu derma RM2.6 bilion.

“Maknanya Najib liabiliti kepada BN sehingga tidak boleh bawa nilai tambah kepada calon,” kata Salahuddin. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. pandangan bernas dari pemimpin otak taik udang

    ReplyDelete

 
Top