0

Parti Amanah Negara (PAN) sekali lagi dicabar Pas untuk menyatakan pendirian mereka mengenai pindaan yang diusulkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui Rang Undang-Undang (RUU) Islam.

Sebelum itu, Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria dalam ceramah Perdana Pas di Ketior Manong mencabar PAN untuk menyatakan pendirian mengenai RUU Islam yang dibawa Hadi ini.

Kali ini, PAN dicabar oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyatakan pendirian memandangkan parti serpihan Pas itu sehingga hari ini masih belum menyatakan pendirian terhadap usul tersebut.

Cabaran yang dibuat Pas ini dipercayai kerana PAN merupakan khadam DAP dan DAP merupakan parti anti-Islam dan anti-Melayu.... So, Pas mahu PAN menyatakan pendirian mereka untuk mengetahui sama ada PAN ini menyokong perjuangan Islam atau perjuangan destini 'Lim'.

Bila Pas dah cabar PAN untuk nyatakan pendirian terhadap usul ni.... PAN berani tak nyatakan pendirian?? Bukan apa, semua orang tahu yang PAN ni tak berani nak putuskan atau buat sebarang keputusan.

Memang cari nahaslah kalau PAN buat keputusan tanpa dapat pengetahuan dari 'abang long'.... 'Abang long' PAN ni cukup benci dengan Islam... Bukan boleh dengar nama Islam... Fobia!!

Hmm... PAN bawalah berbincang dengan 'abang long' tu... Kalau PAN tak leh nyatakan pendirian terhadap usul RUU Islam ni.... PAN terus terang jer... Tak payah nak pusing-pusing macam Mahathir... Orang pun tahu PAN ni berjuang demi DAP!!! -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top