0

Parti Amanah Negara (PAN) telah dijangka menempah tiket kekalahan di Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang akan diadakan pada 18 Jun ini. 

Hal ini, kerana calon yang diletakkan di kedua-dua kerusi berkenaan tidak dikenali umum serta tiada pengaruh yang kuat untuk berhadapan dengan barisan calon lawan yang lain.

Oleh itu, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, PAN dilihat tidak ambil serius untuk mencapai kemenangan dalam PRK dan seolah-olah menyerah kalah sejak dari peringkat awal kerana sebelum ini PAN memperlekehkan PAS, kononnya tidak serius menentang Barisan Nasional (BN) sebaliknya PAN juga bertindak kurang bijak di dalam meletakkan calon mereka bagi menentang BN.

“Sepatutnya pemimpin Amanah lebih berjiwa besar dan meletakkan calon terbaik yang mereka ada untuk mendapatkan kesan maksima dalam PRK ini, sayang sekali bila mereka awal- awal lagi sudah kecut perut dan mengaku kalah, biarpun disokong DAP dan PKR,” katanya.

Ternyata, PAN hanya tahu bercakap saja dan tidak menjadikan kata-kata sebelum ini kenyataan dalam menempuh PRK. Bila dilihat dari segi kekuatan jentera, PAS lebih kuat berbanding PAN, tetapi bagi Presiden Amanah Mohamad Sabu.., beliau tidak mahu mengukur tahap kekuatan jentera saja malah menerusi kekuatan calon. Malangnya kedua-dua elemen ini nampak goyah di dalam parti PAN.

“Perletakan dua calon tidak terkenal ini menunjukkan Amanah takut untuk menghadapi risiko imej parti terjejas teruk jika calon terkenal di kalangan pemimpin tertinggi parti diturunkan dan kalah teruk dalam PRK berkenaan,” katanya..

Mungkin, Pemimpin PAN juga takut untuk menjadi calon kerana jika kalah teruk mereka akan dipecat menjadi ahli tertinggi parti, atau tindakan mengambil calon yang tidak popular ini akan menyelamatkan air muka pemimpin PAN saja. Hal ini dapat dijadikan pelampung untuk menepis tohmahan kekalahan mereka dengan mengambil isu parti baru dan juga muka baru. - Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top