0

Parti Amanah Negara (PAN) yang ditubuhkan kononnya untuk mengganti perjuangan Pas sekaligus mahu mengganti parti Islam itu di dalam Pakatan pembangkang, mula menjual nama bekas Presiden Pas Datuk Fadzil Noor.

PAN mula membandingkan Pas ketika dibawah pemerintahan Fadzil Noor dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang... Dimana Pas dibawah pemerintahan Fadzil Noor lebih bersikap terbuka berbanding Hadi.

PAN mula mendakwa, Pas dibawah Hadi terlalu taksub dengan politik sehingga terbawa-bawa isu perkauman yang mencetuskan kebencian oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Selain itu, PAN turut mendakwa bahawa Hadi tidak bersikap terbuka apabila menghalang dan menggelar seseorang yang tidak bersetuju dengan dasar parti Islam itu dengan perkataan yang tidak elok

Anak kepada Allahyarham Fadzil Noor, Faiz Fadzil berkata, arwah bapanya lebih bersikap terbuka kerana tidak pernah menghalang mana-mana individu mahupun anak-anaknya untuk membuat pilihan mengenai apa jua,apatah lagi mahu menyertai parti politik yang ada.

"Beliau (Fadzil Noor) tidak takfiri dan boleh berhujah dengan baik. Beliau terkenal dengan sikap terbuka dalam pendekatan politiknya dengan menggalakkan pelbagai profesional sertai parti, begitulah beliau sebagai bapa, berikan kami pilihan," kata Faiz Fadzil yang kini menyertai PAN.

Selain itu, Faiz turut memaklumkan bahawa ayahnya tidak taksub dengan sesuatu pemikiran dan dapat membezakan antara Pas dan Islam serta tidak menunjukkan sifat perkauman ketika menjadi presiden parti Islam itu.

"Beliau mahu mendidik ahli Pas supaya dapat membawa Pas atas nama agama dan bukannya agama atas nama Pas. Beliau tidak pernah tunjukkan sifat ultra-Melayu, malah sering mengingatkan kami untuk hormati kaum lain," katanya.

Allahyarham Fadzil Noor meninggal dunia pada 23 Jun 2002 selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Fadzil Noor pernah menjawat Presiden Pas selama tiga tahun dan mengemudi parti Islam itu ketika krisi politik terburuk negara pada lewat 1990-an.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top