0

Gomez rasa calon Parti Amanah Negara (Amanah) kalah teruk di kedua-dua kerusi Parlimen Kuala kangsar dan Sungai Besar adalah disebabkan ‘badi’ dan ‘sial’ yang dibawa oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard membuat kesimpulan, kehadiran Mahathir yang turut sama berkempen bagi pihak calon Amanah yang  mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihanraya Kecil (PRK)  menjadi punca kekalahan mereka

‘Badi’ dan ‘sial’ yang dibawa Mahathir mungkin telah berjangkit kepada calon Amanah sehingga menyebabkan mereka tersungkur teruk. Disebabkan tindakan Mahathir yang kononnya nak jadi penyelamat dan membantu Amanah menang tu telah diklasifikasikan Chegubard, beliau mengelarkan Tun M sebagai bapa kezaliman ekoran daripada tindakan beliau yang mensabotaj parti pembangkang.

“Mahu akui atau tidak, Mahathir bapa kezaliman dan bapa perkauman negara telah sedikit sebanyak menjauhkan undi bukan Melayu juga.

“Tinggalkan Mahathir bina kekuatan pakatan harapan, selesaikan house keeping seperti satu logo dan selesaikan isu PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

“Jika tidak maka ucapkan selamat tinggal kepada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Tapi macam biasa la Chegubard ni tak habis-habis nak suruh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dok menyembah dan terus memuja si kaki liwat tu... Cemburu agaknya sebab penyokong pakatan pembangkang kini lebih memberi perhatian kepada Mahahir, jika hendak dibandingkan dengan Anwar yang kononnya terlantar sakit. Elehhhh terlantar sakit apanya siap boleh tulis surat panjang berjela tu?

“Sedih bila fikirkan kawan-kawan yang sebarkan surat terbuka Mahathir pada pengundi dengan melupakan Anwar (yang) sedang kesakitan di hospital.

“Dua surat panjang Anwar tidak bermakna lagi pada mereka nampaknya malah pegawai Azmin yang juga bekas SU Media Anwar membalas surat panjang itu dengan mengatakan Anwar sama seperti Hamlet gila,” katanya.

Namun begitu Chegubard turut mengakui bahawa sebahagian penyokong telah tawar hati dan tidak lagi menyokong Amanah, malah mereka memilih untuk memberi undi kepada Pas. Namun begitu, kehadiran Mahathir dilihat sedikit menarik minat penyokong untuk mengundi Amanah.

“Seperti yang diperkatakan sama ada nak akui atau tidak kehadiran Mahathir di kawasan PRK mungkin menarik sikit undi baru tetapi menjauhkan banyak undi lama.

“PAS secara tidak langsung meraih keuntungan sedikit dari kehadiran Mahathir ini,” ujarnya.
-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top