0

Kesian Parti Amanah Negara (PAN) ni yang merupakan parti serpihan Pas.... Dorang meroyan nak masuk TV3.... Dorang jeles bekas parti iatu Pas kini semakin banyak membuat kemunculan di televisyen khususnya di TV3.

Menurut Setiausaha Organisasi PAN Suhaizat Kayat, TV3 yang membuat liputan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar hanya menyiarkan berita mengenai Barisan Nasional dan Pas.

Suhaizat berkata, tindakan TV3 yang menyiarkan berita mengenai Pas dan Barisan Nasional umpama hanya dua parti tersebut sahaja yang bertanding dalam dua PRK yang diadakan serentak pada 18 Jun ini.

Tambah Suhaizat, sedangkan dua PRK ini turut disertai PAN untuk bertanding tetapi berita mengenai parti 'kerdil' ini tidak disiarkan di TV3 menerusi slot Buletin TV3.

"Buletin TV3. Berita PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Selepas berita calon BN, berita Pas. Selepas berita calon Pas, berita BN. Selepas BN, Pas. Selepas Pas, BN. Amanah ni bertanding atau tidak?" tulis Suhaizat di laman Facebooknya.

Gila publisiti juga pemimpin PAN ni... Ingatkan pemimpin-pemimpin PAN ni cuma gila jawatan je.... Rupa-rupanya gila publisiti sama.... Benda tak masuk televisyen pun nak dikecoh-kecohkan.

Ok lah... Harap lepas ni TV3 dapat menyiarkan berita mengenai parti khadam DAP ni... Kesian parti sepihan Pas ni... Dah laa tak ada sokongan, pastu duk meroyan nak masuk televisyen.

Pemimpin-pemimpin PAN memang jenis gila itu ini.... Sebelum ni gila jawatan sampai sanggup tinggalkan Pas dan tubuhkan parti baharu.. Sekarang ni dorang gila publisiti pula... Kesian betul parti Mat Sabu ni!!  -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top