0

Parti Amanah Negara (PAN) bukan sahaja tidak bermakna jika tanpa sokongan dan dorangan daripada parti pakatan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah calon PAN juga bakal kehilangan wang pertaruhan sekiranya PAN berdiri seorang diri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, disebabkan itulah PAN langsung tidak layak dan jangan sesekali bermimpi untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan. Kononnya selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat, dan tertubuhnya Pakatan Harapan yang disertai oleh parti serpihan PAS itu, PAN dok berangan dapat jadi macam PAS dan menjadi parti penting dalam pakatan.

“Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar AMANAH.

"Dan saya percaya kalau AMANAH bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit," katanya.

Tambah Mohd Amar, PAN sebenarnya langsung tidak mampu untuk menarik undi masyarakat Melayu, dan jika kita amati hampir kesemua undi yang diperolehi oleh PAN datang dari pengundi bukan Islam. Jelas nampak yang masyarakat Melayu menolak PAN.

"Jadi dari sudut ini kita nampak AMANAH tidak dapat menggugat PAS sebab undi
PAS ini tidak berubah, itu yang penting," katanya.

Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukor hanya mampu menduduki tempat kedua dalam pertembungan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang. Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi.

Manakala di Kuala Kangsar, calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli terpaksa menerima hakikat kalah dengan PAS apabila hanya menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN.

Sebab tu la orang panggil PAN ni parti nyamuk, kerana mereka hanya mampu mengacau sahaja. Sudah la pilih pun warna oren... Dah macam tok sami je tengok.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top